peminat??

nak cari ape??

Tuesday, December 4, 2012

BAHAYA LAPTOP ATAS KATIL!!





Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada sedikit info penting yang perlu diketahui oleh semua, walaupun kisah ini berlaku dah lama tapi mesej yang diberikan sangat penting kepada kita semua.


Sepasang suami isteri kehilangan anak mereka yang berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah mereka. Mangsa baru sahaja berkelulusan MBA dari University of Wisconsin-Madison dua minggu sebelum pulang ke rumah untuk sementara waktu.


Beliau telah makan tengah hari bersama bapanya di rumah dan membuat keputusan untuk kembali bagi membersihkan bilik asrama. Ketika itu, bapanya memberitahu beliau tunggu seketika, untuk bertemu dengan ibunya. Beliau memutuskan untuk tidur sebentar sementara menunggu ibunya pulang dari kerja.


Beberapa lama kemudian jiran-jiran mereka menghubungi 911 apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah.


Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida.

(ni memeang kopi pes nye post,,x salah kn???  huhu)

Tuesday, November 27, 2012

5 Tanda Jantung Anda Sudah Bermasalah

Menurut pakar jantung, gejala sakit jantung bukan sahaja melibatkan dua faktor tersebut sahaja malah boleh melibatkan gangguan pada anggota tubuh badan yang lain.
Berikut merupakan lima petunjuk yang boleh dijadikan panduan sekiranya terdapat gangguan pada jantung anda.  Jika anda mengalami dua atau lebih daripada gejala seperti di bawah maka anda disarankan untuk segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut.


1.Sakit leher

Adakah anda pernah mengalami sakit otot yang berlarutan di bahagian leher? Anda mestilah berwaspada sekiranya rasa sakit ini tidak hilang.  Hal ini kerana menurut pengalaman pesakit jantung, tanda-tanda awal yang dapat dikesan ialah rasa sakit dan tegang di bahagian leher.  Mereka selalu mengabaikan gejala tersebut kerana lebih fokus terhadap gejala yang lebih besar seperti sakit di bahagian dada, bahu dan lengan.
Bagi wanita, kemungkinan mengalami gejala seperti ini adalah kecil kerana kebiasaannya mereka akan mengalami sakit yang mendadak disertai rasa sakit di bahagian bahu dan bawah leher.  Rasa sakit tersebut juga akan merebak ke bahagian kiri tubuh badan termasuk bahu dan lengan.
Bagaimana perkara ini berlaku?  Saraf dari jaringan jantung yang rosak akan menghantar isyarat rasa sakit pada tulang belakang dan akhirnya akan merebak ke saraf di sekitar leher dan bahu.


2.Masalah Seksual
Lelaki yang mengalami masalah ereksi biasanya mempunyai masalah berkaitan penyakit pembuluh darah koroner.  Kajian terhadap lelaki di Eropah menunjukkan bahawa dua pertiga daripada pesakit jantung yang mendapat rawatan menderita masalah disfungsi ereksi selama berbulan-bulan sebelum disahkan menghidap penyakit jantung.  Beberapa penyelidikan terbaru mendapati bahawa memang terdapat kaitan antara masalah disfungsi ereksi dan penyakit kardiovaskular.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat bukti yang jelas bahawa pesakit yang mengalami disfungsi ereksi berisiko untuk menghidap penyakit jantung dan boleh membawa maut.
Bagaimana perkara ini berlaku?  Seperti pembuluh darah di sekitar jantung yang boleh menjadi sempit dan mengeras, begitu juga yang berlaku kepada pembuluh darah yang menghantar darah ke bahagian penis.  Kerana pembuluh darah di sekitar penis lebih kecil maka, pembuluh ini akan mengalami kerosakan yang lebih cepat bahkan tiga atau empat tahun lebih cepat sebelum penyakit jantung dapat dikesan.


3.Pening, Pengsan atau Sesak Nafas

Sebuah kajian mendapati lebih daripada 40 peratus wanita melaporkan bahawa mereka cenderung mengalami sesak nafas sebelum terjadinya serangan jantung.  Anda mungkin akan mengalami kesukaran bernafas, semput atau pening ketika berada di tempat yang tinggi.  Apabila anda mengalami kesukaran ketika melakukan aktiviti seperti menaiki tangga, menyapu atau berjalan sedangkan anda tidak mengalaminya sebelum ini maka gejala tersebut perlu diberi perhatian sebagai satu peringatan penting.
Bagaimana perkara ini berlaku?  Hal ini berlaku kerana aliran darah pada pembuluh darah yang membawa oksigen ke jantung tidak cukup.  Sakit pada otot jantung dan angina juga boleh membuat seseorang berasa sakit ketika menarik nafas.  Penyakit pembuluh darah koroner berlaku apabila pembuluh darah tersumbat akibat pengumpulan plak seterusnya menyebabkan jantung tidak mendapat bekalan oksigen yang cukup.  Kesukaran bernafas ini seringkali dikaitkan dengan angina iaitu sejenis penyakit pada otot jantung.



4. Gangguan Pencernaan, Mual atau Pedih Ulu hati

Walaupun ramai orang berpendapat bahawa masalah jantung begitu sinonim dengan sakit di dada namun, hal ini juga boleh berlaku pada bahagian perut.  Bagi sebilangan orang khususnya wanita, gejala seperti pedih ulu hati, sensasi kekenyangan atau tersedak perlu diambil berat kerana gangguan pencernaan yang serius dan rasa mual-mual juga boleh menjadi petanda awal serangan jantung atau dikenali sebagai miokardial infarksi. Sebuah penyelidikan menunjukkan bahawa wanita lebih cenderung mengalami gejala muntah-muntah, mual dan gangguan pencernaan selama beberapa bulan sebelum serangan jantung berlaku.

Bagaimana ia berlaku?  Timbunan lemak pada pembuluh darah akan mengurangkan bekalan darah ke jantung sehingga menimbulkan rasa sakit khususnya di bahagian dada namun ia juga boleh berlaku pada bahagian perut.  Mual dan pening-pening juga menjadi petanda bahawa serangan jantung sedang berlaku.  Justeru itu, perlu segera memanggil doktor sekiranya keadaan tersebut berlarutan.


5. Sakit pada rahang dan telinga

Kesakitan pada rahang adalah sesuatu yang misteri dan sangat mengganggu.  Keadaan ini boleh berpunca daripada pelbagai faktor tetapi kadang-kadang ia merupakan petanda tentang wujudnya penyakit pembuluh darah koroner (CAD) dan tanda-tanda awal serangan jantung.  Beberapa pakar sedang mengkaji tentang kaitan antara sakit pada rahang dengan risiko serangan jantung.  Hasil kajian mendapati bahawa ramai pesakit jantung melaporkan mengalami masalah sakit pada rahang sebelum terjadinya serangan jantung.
Bagaimana ia berlaku? Kerosakan pada jaringan organ jantung akan merangsang penghantaran isyarat turun naik pada bahagian tulang belakang yang akhirnya merebak pada saraf-saraf lain bermula dari tulang leher, rahang hingga ke bahagian telinga.

ak tgh alami yg no 5 skrg ni... huh !!

langkawi 11/2012 -PPK segamat utara-

salam .. :)
tak geti dah nk update blog sbb mmg dah lame x update.
dah malas da kot.

ni ad la sikit nk kongsi citer g langkawi aritu.
3 h 2 m @ bella vista hotel.

dah kali 3/4 g sini, byk gak brubah.
yg x brubah burung helang kat jeti tu je la. haha.

mls nk membebel, uplod gambo jela ea? 

sekian,... hahaha

gambo byk, tp rajin nye sikit nk uplod... 
ni jela 











Friday, August 24, 2012

hai syawal...

selamat hari raya,,, 
maaf zahir & batin


lapoooo

mase kat bazar

raye

x geti la nk tegakkn gambo ni

Friday, June 1, 2012

da mati da c "CANTEK"

aku punye "cantek" da matiiiii ......
omg,,, kurang satu da anak angkat....

punce kematian dye beranak, pastu ank dye x lepas keluar,
pastu ank dye mati dlm perot, pastu g klinik haiwan kene bedah,
pastu tibe2 mati....... ak kat kuantn mse dye mati,
x dpt la tolong kebumikn "cantek" 

kite jmpe DISANE nnt ye "cantek"

* cantek=kucing kacukan warne putih..... 

tinggal la kawan baik dye je.. 
c comot dan anak2 comot je.......


xd da dengo suare ko yg merdu lg pasni..... 


Monday, May 14, 2012

bikin penat! (6mei2012)

haiyoyo..... semakin lame semakin malas nk ber blog....
padehal hari hari online,tp nafsu nk berblog tetap xd..
 ok la, ringkas dan padat jela ni, x nk type bebanyak.

mgu lepas cuti pahang kan?
haaa,,, kitorang yg kacak2 ni pegi becuti.
dalam misi menghabiskan mase dan waktu bersame2...
fuh,,,, penat gile, ape yg dirancang pn x menjadi di saat2 last.
tp dgn berbekalkan plan 'B', percutian tetap diteruskan.. haha

x rugi jugak la kot sape yg x ikot, klu ikot mmg kompem penat!!
wlu pn x drive, penat dok belakang tetap adee..
mau x nye, gerak ari sabtu (7am), ahad(6am) da sampai rumah.
satu hari x mandi.. hahaha

bermule dari kuantan(7am) terus memecut ke RnR lancang
akhirnya sampai la kat GENTING HIGHLAND pukul 11pagi.
 lmbt la skit sampai nye sbb byk benti... haha

yang best nye,,, ak main 3 game je kat outdoor tu..
membazir gile bayo tiket.... hahaha.... x takot pn ok..tp mals je..
 yg peting TQ kpd mr.NIKON D3100 sy yg x penat merakam 
gelagat kami kami yg asyik berseronok...

hahaha... 

nak balik tu terjadi la satu pristiwe yg paling membengangkan...
membe 1 lg kete lupe park kete kat mane... dushhh... dekat sejam cari..
(kitorg 3 kete, tp dr kuantn 2 kete je, 1 lg membe genting) 
1st time jadi lagu ni kot....
kelako pn ade.... bole lah satu kete tu x igt kete kat mane...
berpeloh ak tolong cr..... hrp2 beringat la leps ni..

ok, kol 8pm kitorg 3 kete gerak ke ICT shah alam lak..
tu pn ade peristiwe gak.... asik ade je yg sesat....
1 kete ke pucong 1 kete lg ke batu caves....
nseb bek kete yg ak nek ade GPS... hahahaha

ddk kat ict smpi pkul 12 kot, baru kitorg belah
g mnum2 n trus balik kuantan...
mekasih skali lg kat mr.NIKON D3100 yg setia merakam kami..

yg peting mase otw balik tu ak membute dr gombak smpi kuantan.
TAK SEDO APE APE.... hahahahaha.......

okey la,, sekian ...






Sunday, April 15, 2012

sambung belajo.... bile????

asalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu,,,,,,,

lame da x update belog,,, 
sebab malas penat xd idea x sempat dah bosan dan sebagainye...
hari ni la satu2 nya hari mnggu yg x bzy, leh on9,leh bgn tido tgh hr.
hahaha... 
bzy ngalahkan jutawan, tp habok pn takda,.... 
ni td pas bce surat kabo nmpk byk ngat iklan IPT....
apsai la ssh ngat nk smbg blaja ,,, 
da dua kali pemohonan nk wat PJJ x lepas,,,
blm lg nk wat pemohonan kawen 2... lg la x lepas... hahaha
ni skrg da ade kuar pmohonan utk intake julai lak...
x kire la ape jd pn,, nk gak mohon lg... 
x cukup takat ade diploma je, sbb diploma tu ibarat spm je skrg ni,
TAPI tetap nk mohon PJJ la,,
x leh da nk fulltime,, kene keje gak smbil blaja..
lau x nnt sape nk bayo yuran? sape nk bg duit?
korang nak bagi?,... hehe
k la,,, dah cukup la tulis2 kat belog ni..
penat jari nk type byk2 lagi... 
korg doa2 kan la ak dpt sambung blaja dlm ms tdekat ni...
yg da dpt smbung blaja/keje bagus2 tu tahniah la

"pelajaran adalah satu pelaburan"




Saturday, January 7, 2012

dah doploh tige taon baiiii.....


FUYYYOOOOOOO...... 
da taon due gibu doblas la syialll...
da 23 taon la dow umo ak,,,
" ya allah, kasi la mukeku nmpak mude dr umo ku,,"

bukan ape,,, xd kekaseh hati lagi ni,, aissshhhh,, ssh la gini,,, 
hahaha...
(xp la single pn, mmg belum mampu pn nk ade bini)
korg yang mude2 dah ad awek/pakwe tu xyah belagak la,
ak x heran pn,,, cinte monyet je tu,,,, 
tapi yang da kawen tu yg ak heran,,,
ape ke hal plak mude2 da kawen,,
beso sgt ke gaji nk kawen mude2 ?
ak bukan nye ape,,, AKU JELES LA SIOTTT!!.

xd hal la,, pade kwn2 ak yg da kawen/da nak kawen tu
tahniah la korg,, semoge jd suami/isteri yg betanggungjawb la..
tapi satu jela ak nk pesan,...
wlupn tiap2 malam ko da best,, 
tiap pagi ko seronok ngn ehem2 korg tu...
KAWAN2 jgn lupe dow,,
yela,,, dulu mse kwn bkn maen lg.. fren 4eve la bagai..
mcm adik beradik da dulu, xkn la da kawen lupe trus kan,..
klu nk tau ni la salh satu sbb ak x suke kwn2 ak kawen,,
nak dihalang x boleh kn...
klu sume kwn ak yg dah da kawen nk lupekan ak 
nnt ak nk kwn ngn sape je dow,,???
hahaha...
pundek tol la ak dah ter tacing tibe2 pg2 bute ni..

citer pasal azam la pulak lg sedap...
dengan duke cite nye la ak nk gtau yg azam aku
tahun lepas byk x tercapai..
ade 12 perkare ak nk tp 7 je yg dapat,,
hadoiiyyaaaiiiii... ape nye 5 lg azam x dpt punnnnn...
xpe la,,, forward thn ni la klu boleh,..

korg ade azam,,, ??
ade??? (ad ak kesah) haha..
dah la,, mcm bodo je update belog pkul 4.30 pagi ni... 
tidooooooooooo... babaii... :)



(agak2 kalau ak botak ak boleh kacak cam setan ni x?)

bace, jgn x bace

DOA UNTUK SAHABATKU…

Ya Allah

panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah
kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya
dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,
perluaskanlahrezekinya, dekatknlah hatinya
kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia
dan akhirat

Ya Muhaimin

jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati
seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang
cinta nafsu?Jagalah hatinya agar tidak berpaling
daripadamelabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia
rindu,rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah

Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah
aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya
untukMu

Ya Allah

kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,
kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak..